..::Sahabat Nasihat::..

..::Mari Muhasabah Diri::..

  • ::Mutiara Kata::

    ~~Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat.~~
  • Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera
  • Kategori

  • Tag

  • ::Takwim::

  • Calendar

    March 2008
    S M T W T F S
        Apr »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

  • ::Recent Posts::

  • ::Recent Comments::

    nour on Ujian Melanda
    joyah on Couple – Haram Tetap…
    Admin on Couple – Haram Tetap…
    fariza on Couple – Haram Tetap…
    poiuytrewq on Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadh…
  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 5 other followers

  • ::Contact Me::

Fokus Sekolah: Sikap bersaing resipi cemerlang

Posted by TanpaSuara on March 23, 2008


Oleh Noriah Idris

MERAIH kejayaan 100 peratus kelulusan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu bagaikan hadiah buat persaraannya pada Ogos depan.

Pengetua Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Klang, Selangor, Bahariah Bustamam, mengakui komitmen pelajar yang tinggi dan sikap bersaing sesama murid menjadi resipi kecemerlangan sekolah berkenaan.
Jika sebelum ini muridnya sering mencatat peratusan kelulusan 95 peratus ke atas, tahun ini tercipta pula satu rekod baru.

Mula menerajui sekolah berkenaan sejak 2004, beliau berkata melahirkan kecemerlangan bukan hanya dipacu semangat oleh guru semata-mata tetapi inisiatif lahir di kalangan murid itu sendiri.

“Keinginan yang tinggi untuk berjaya di kalangan pelajar sesuatu yang membanggakan saya. Contohnya, sementara menunggu kelas lain, masing-masing sudah membaca atau mengulang kaji pelajaran tanpa diarah sesiapa. Itu sifat semula jadi yang sedia wujud di kalangan murid sendiri.

“Ketika guru mengajar, mereka akan memberi tumpuan sepenuhnya. Begitu juga sebaik guru habis mengajar, mereka berlumba-lumba mengulang kaji pelajaran.

“Guru juga mempunyai komitmen tinggi terhadap subjek yang diajar, menjadi penyebab kejayaan sekolah ini,” katanya.

Menurutnya, dorongan kuat ibu bapa yang sentiasa memantau pencapaian anak mereka sesuatu di luar jangkaan.

Katanya, penerapan nilai ‘Skor A’ yang menjadi matlamat sekolah itu disematkan kepada setiap pelajar, daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima yang dianggap pemangkin kepada lebih 1,402 muridnya.

“Sebagai perangsang semangat pelajar, sekolah sering mewujudkan pelbagai kategori hadiah buat mereka.

“Selain program sifar ponteng dan sifar sampah, penghargaan kepada pelajar yang tidak ponteng sekolah jadi amalan di sekolah ini,” katanya.

Pihaknya mengambil inisiatif mengadakan sistem formatif terutama peratusan lulus peperiksaan, 10 peratus daripadanya diambil kira daripada jumlah kedatangan ke sekolah.

Bahariah juga berkata, amalan memberi penekanan terhadap subjek yang diajar di sekolah amat diberi perhatian.

Ibu bapa yang tidak berpuas hati terhadap pengajaran guru pula boleh terus menghubungi sekolah untuk mendapatkan penjelasan.

Hubungan rapat antara ibu bapa dan sekolah disifatkannya sebagai jambatan penting dalam menentukan kejayaan pelajar.

“Semua pihak menyumbang untuk kejayaan ini termasuk kantin sekolah yang menyediakan masakan bermutu serta tukang kebun yang menyediakan persekitaran bersih.

“Kejayaan ini kombinasi semua pihak. Tanpa pelajar yang tidak punya jati diri kuat untuk berjaya, semangat guru mungkin luntur. Inilah kejayaan sebenar yang amat berharga buat saya,” katanya.

Bagi Bahariah, peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang mendalangi sekolah berkenaan begitu kukuh sehingga menyumbang banyak kejayaan kepada sekolah terbabit.

“Sesuatu yang membanggakan, apabila murid ponteng atau melepak di kompleks beli-belah, pihak berkuasa tempatan yang bekerjasama dengan kami terus memberi maklum balas kepada pihak sekolah.

“Pencegahannya dilakukan segera dan kesannya begitu ketara pada tahun lalu.

“Bahkan pencapaian dalam kokurikulum dan aktiviti pelajar dalam setiap perancangan sekolah memang memberangsangkan.

“Pencapaian sehingga ke peringkat negeri dan antarabangsa turut menaikkan lagi mutu sekolah antaranya wakil ke peringkat Asean dalam tenis, taekwando serta nyanyian koir di persidangan Menteri Pelajaran Asean, sekali gus menjulang nama sekolah ini,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: