..::Sahabat Nasihat::..

..::Mari Muhasabah Diri::..

  • ::Mutiara Kata::

    ~~Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat.~~
  • Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera
  • Kategori

  • Tag

  • ::Takwim::

  • Calendar

    March 2008
    S M T W T F S
        Apr »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

  • ::Recent Posts::

  • ::Recent Comments::

    nour on Ujian Melanda
    joyah on Couple – Haram Tetap…
    Admin on Couple – Haram Tetap…
    fariza on Couple – Haram Tetap…
    poiuytrewq on Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadh…
  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 5 other followers

  • ::Contact Me::

Hidup di dunia lebih selesa, di akhirat juga selamat

Posted by TanpaSuara on March 23, 2008


DI dunia, harta benda nadi kehidupan jasmani, manakala agama nadi kehidupan rohani. Mereka yang tidak berharta kehidupannya serba kekurangan, manakala yang tidak beragama berasa bebas ibarat dunia dan segala isinya mereka punya.

Berharta tetapi tidak beragama menjadikan kehidupan porak-peranda, malah harta orang diragut menjadi hartanya, beragama tetapi tidak berharta pula menyukarkan tanggungjawab memakmurkan bumi. Sebaik-baiknya berharta dan beragama supaya hidup di dunia selesa, akhirat berjaya.

Tidak dinafikan harta adalah keperluan, malah keutamaan dan rebutan manusia yang perlu dicari demi keselesaan hidup tetapi agama tidak seharusnya diketepikan kerana dengan garis panduan agama dapat menguruskan harta pada landasan selamat.

Adalah menjadi sifat semula jadi manusia inginkan harta dan kasihkan harta, malah apabila diikutkan kehendak nafsu makin tidak puas dengan harta. Firman Allah bermaksud: “Serta kamu pula kasihkan harta secara tamak haloba.” (al-Fajr: 20) Manusia berlumba menjana harta dan mengumpulkannya, sama ada melalui pekerjaan baik atau jahat seperti menipu, mencuri, merompak dan melalui kaedah riba. Harta diperoleh melalui sumber yang baik dipuji dan diredai tetapi cara salah dikeji dan dilaknati.

Harta perlu dicari dan diusahakan mengikut kemampuan kerana dengan harta membolehkan segala urusan disempurnakan termasuk untuk beribadat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: “Apabila berlaku kiamat dan di tangan kamu ada sepohon benih pokok kurma, jika dia berkuasa menanamnya janganlah bangkit sehingga menanamnya.” (Hadis riwayat Ahmad) Bagi orang beriman, harta tidak lebih sebagai alat yang dipergunakan untuk mencapai kesejahteraan dan keredaan Pencipta tetapi kepada sesetengah yang lain harta ibarat tuan, dipuja setinggi-tingginya sehingga merendahkan martabat insani, malah menenggelamkan terus diri dalam keasyikannya.

Harta bukanlah sesuatu yang jelek seperti dipandang sesetengah pihak, tidak juga sesuatu begitu mulia sehingga dimonopoli pihak tertentu, dijunjung dan diagung-agungkan, sebaliknya harta adalah keperluan untuk kelangsungan hidup semua pihak.

Bagi golongan beriman, mereka gigih mencari harta bukan kerana tamak tetapi atas kesedaran dan tanggungjawab.

Apabila memperolehnya tidak melalaikan diri, sebaliknya semakin ramai mendapat manfaat dari hartanya, tidak sombong dan tidak berbangga.

Andai kecundang mereka dapat bersabar.

Keadaan sebaliknya bagi golongan lain, mereka mengejar harta, kadangkala menggunakan cara bertentangan dengan nilai agama dan masyarakat. Apabila gagal memperolehnya mereka melenting, malah bertindak balas dengan pelbagai angkara dan jika dapat pula meninggi diri, semakin sayang kepada harta dan kedekut.

Jika diperhatikan di sesetengah tempat, orang berharta bertambah hartanya dan orang miskin makin tiada harta, malah hendak makan pun terpaksa menonjolkan diri mendapatkan sumbangan ihsan.

Jurang begitu besar di antara dua golongan ini, tetapi di Malaysia tidaklah sebegitu rupa.

Islam melarang cara jahat mendapatkan harta. Riba jelas dilarang walaupun dipuji dan diperlukan sesetengah pihak, penipuan bukan saja satu kesalahan tetapi dikeji, manakala mencuri, meragut dan merompak adalah tabiat buruk menyusahkan orang lain.

Dalam pencarian harta, banyak jalan yang baik boleh dicuba dan diusahakan. Sekiranya disingkap kehidupan generasi dulu, ketika sains dan teknologi baru seperti komputer belum muncul, mereka masih mampu memperoleh harta dan hidup senang.

Lihat kisah sahabat nabi seperti Abdul Rahman bin Auf, seorang hartawan yang memiliki banyak haiwan ternakan dan ladang hasil kegigihannya. Ketika itu tiadanya kepelbagaian peluang pekerjaan dan aplikasi secanggih hari ini, tetapi kekayaannya membanggakan umat Islam hingga tercatat dalam lipatan sejarah.

Justeru, mengapa pada zaman serba canggih ini, ada berpendapat tiada jalan untuk mendapatkan harta dan hidup selesa? Mengapa sesetengahnya lebih senang berpeluk tubuh, tidak bekerja atau bekerja sambil lewa malah cepat melatah kononnya dunia ini bukan miliknya? Sesetengahnya pula berpendapat harta dicari belum mencukupi, malah berasakan makin dicari makin tidak mencukupi, sehingga kehidupan hariannya tidak memuaskan hatinya, lalu pihak lain dipersalahkan, manakala diri sendiri tidak pernah dipersalahkan.

Golongan ini beranggapan dirinya tiada kesilapan, sedangkan keadaan sebaliknya kerana harta yang diperoleh digunakan secara tidak cermat, wang dibelanjakan sesuka hati, malah melebihi kemampuan sehingga terpaksa berhutang.

Sepatutnya mereka beringat ketika menggunakan harta. Ibarat kata pepatah ukur baju pada badan sendiri. Islam sentiasa memesan, bersederhana dalam serba-serbi hal keduniaan, termasuk berbelanja supaya hidup tidak diselubungi kekalutan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: