..::Sahabat Nasihat::..

..::Mari Muhasabah Diri::..

  • ::Mutiara Kata::

    ~~Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat.~~
  • Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera
  • Kategori

  • Tag

  • ::Takwim::

  • Calendar

    March 2008
    S M T W T F S
        Apr »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

  • ::Recent Posts::

  • ::Recent Comments::

    nour on Ujian Melanda
    joyah on Couple – Haram Tetap…
    Admin on Couple – Haram Tetap…
    fariza on Couple – Haram Tetap…
    poiuytrewq on Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadh…
  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 5 other followers

  • ::Contact Me::

Lelaki surat

Posted by TanpaSuara on March 23, 2008


Selepas digemparkan dengan taktik seorang lelaki memujuk kanak-kanak perempuan membantu mencari kucing sebelum menculik mereka, kini muncul pula penjenayah menggunakan alasan meminta bantuan menghantar surat penting sebelum melarikan kanak-kanak lelaki.

Taktik digunakan kedua-dua penjenayah hampir sama sehingga ada warga kota menyifatkan penculik terbabit sebenarnya orang sama yang sebelum ini digelar ‘lelaki kucing’.

Dalam kejadian terbaru kelmarin, penjenayah bermotosikal itu nekad melarikan dua kanak-kanak lelaki berusia sembilan dan 11 tahun selepas memujuk mereka dengan alasan mahu meminta tolong menghantar surat penting ke satu alamat.

Bagaimanapun, dalam kes penculikan terbaru itu, mangsa dilarikan dengan menaiki motosikal selama 15 minit saja, sebelum ditinggalkan penjenayah di satu lorong sunyi berhampiran Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa yang memakai seluar pendek dan berbaju-T ditemui merayau-rayau seperti tersesat di lorong sunyi berhampiran Pejabat JPA3.

Menurutnya, anggota JPA3 yang menghampiri mangsa kemudian dimaklumkan, mereka dilarikan seorang lelaki misteri dengan menaiki motosikal dari kawasan berhampiran Jalan Semarak, ketika kedua-dua kanak-kanak itu bermain di kawasan lapang berhampiran.

“Mangsa yang diselamatkan anggota JPA3 memberitahu, seorang lelaki tiba-tiba menghampiri mereka dengan menaiki motosikal sambil pura-pura tersesat jalan.

“Lelaki terbabit berpura-pura menunjukkan dua surat dan memberitahu sedang mencari alamat kediaman yang tertera pada alamat berkenaan,” katanya.

Menurutnya, suspek memujuk kedua-dua mangsa menolongnya mencari alamat pada surat berkenaan sebelum diajak menaiki motosikal ditunggang.

“Mangsa memberitahu dia dibawa berpusing-pusing seketika di lorong berhampiran bangunan Celcom. Beberapa minit kemudian, mangsa diturunkan di satu lorong sunyi di kawasan terbabit sambil diminta memegang sampul surat berkenaan.

“Pada masa sama, suspek meminta seorang daripada mangsa menyerahkan telefon bimbit dibawanya ketika itu. Mangsa yang tidak menyedari niat jahat suspek menyerahkan telefon bimbit dimiliki kepada lelaki terbabit,” katanya.

Menurutnya, suspek memberitahu dia ingin meminjam seketika telefon bimbit mangsa sambil meminta mangsa menunggu di kawasan itu sebentar sebelum berjanji untuk datang semula mengambil mereka.

“Suspek beredar dari kawasan berkenaan sambil mangsa berlegar-legar di kawasan berkenaan memegang sampul surat berkenaan. Mangsa yang hilang arah berjalan kaki sebelum sampai di kawasan berhampiran Pejabat JPA3 Wilayah Persekutuan.

“Beberapa anggota dan pegawai JPA3 yang melihat kanak-kanak itu dalam keadaan mencurigakan kemudian bertanya kejadian yang berlaku sebelum mangsa menceritakan semuanya,” katanya.

Menurutnya, anggota JPA3 yang melihat surat berkenaan mendapati ia ditujukan ke alamat penerima di Pandan Perdana, Ampang.

“Kedua-dua kanak-kanak itu kemudian dihantar ke rumah mereka di sebuah rumah kedai berhampiran lokasi mangsa dilarikan. Ibu mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di kawasan berhampiran agak terkejut apabila dimaklumkan kejadian itu.

“Tidak dapat dipastikan sama ada penjenayah lelaki kucing yang mengganas di Kampung Baru, tahun lalu atau penjenayah lain yang sekadar memperdaya mangsa untuk melarikan telefon bimbit berkenaan,” katanya.

Pegawai JPA3 berkata, kejadian itu tidak sepatutnya diambil ringan berikutan seorang kanak-kanak lelaki, Asmawi Jalaludin, 11, dilaporkan diculik di Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, sejak Ahad lalu.

Kes culik dipercayai membabitkan lelaki kucing kali terakhir dilaporkan berlaku pada 9 Januari lalu, apabila mangsa, Nur Fatiha Zaidi, 6, dilarikan dari rumahnya di Petaling Jaya sebelum ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Setapak Jaya, di sini.

Mangsa yang dibawa menaiki motosikal dikatakan dipujuk penjenayah untuk mencari kucing dan burung selama hampir tiga jam sebelum diserahkan orang ramai ke Balai Polis Wangsa Maju.

Kes membabitkan lelaki kucing turut pernah dilaporkan pada 15 September tahun lalu apabila seorang lelaki misteri cuba melarikan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di pasar malam di Setapak Jaya, tetapi gagal apabila budak itu segera pulang ke rumah.

Terdahulu, pada 27 Jun lalu, seorang kanak-kanak perempuan dibawa seorang lelaki yang menggunakan umpan kononnya meminta bantuan mangsa mencari kucingnya yang hilang dan berjanji memberi aiskrim sebagai upah, ketika mangsa menunggu ibunya datang menjemputnya berhampiran Tadika Perpaduan Islam Masjid Jamek Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 11 pagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: