..::Sahabat Nasihat::..

..::Mari Muhasabah Diri::..

  • ::Mutiara Kata::

    ~~Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat.~~
  • Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera
  • Kategori

  • Tag

  • ::Takwim::

  • Calendar

    March 2008
    S M T W T F S
        Apr »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

  • ::Recent Posts::

  • ::Recent Comments::

    nour on Ujian Melanda
    joyah on Couple – Haram Tetap…
    Admin on Couple – Haram Tetap…
    fariza on Couple – Haram Tetap…
    poiuytrewq on Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadh…
  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 5 other followers

  • ::Contact Me::

Masjid RM1.75b

Posted by TanpaSuara on March 23, 2008


BERPULUH-PULUH warga Barat, termasuk wanita berjubah hitam berpusu-pusu ke Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi, seni bina agung terbaru, yang turut dilengkapi permaidani Parsi yang dikatakan paling besar di dunia.

“Ia masjid ketiga terbesar di dunia selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Arab Saudi,” kata Khawla al-Suleimani.
Tetapi tidak seperti kedua-dua masjid itu, Masjid Sheikh Zayed terbuka kepada kunjungan golongan bukan Islam.

Bagaimanapun, larangan tertentu tetap dikuatkuasakan — kaum wanita perlu menutup diri mereka dari hujung kepala hingga ke hujung kaki dengan memakai abaya yang disediakan di pintu masuk masjid. Orang bukan Islam juga tidak dibenarkan menyentuh kitab suci al-Quran.

Dengan bersenjatakan kamera untuk merakam keindahan masjid itu, pelancong yang datang bukan saja terdiri daripada penduduk Emiriah Arab Bersatu (UAE) malah dari negara luar juga, kata Khawla.

Menurutnya, beratus-ratus pelancong datang setiap minggu sejak masjid itu dibuka pada Aidil Adha Disember lalu.

Projek itu dilancarkan pada 1998 oleh Sheikh Zayed, yang selain menjadi presiden pertama Emiriah Arab Bersatu (UAE), juga adalah bekas pemerintah Abu Dhabi yang kaya dengan minyak, satu daripada tujuh wilayah yang membentuk UAE.

Masjid itu dijangka siap sepenuhnya November depan.

Sheikh Zayed yang meninggal dunia pada November 2004 dikebumikan di perkarangan masjid itu.

“Masjid itu diabadikan kepada bapa negara yang wawasannya diasaskan menerusi dialog antara agama, peradaban dan kebudayaan,” menurut risalah yang diberikan kepada pelawat oleh Lembaga Pelancongan Abu Dhabi.

Lembaga itu mula menganjurkan lawatan ke masjid itu bulan lalu.

“Selain beribu-ribu penganut Islam yang datang bersolat, masjid itu juga dikunjungi penganut bukan Islam dari Jerman, Perancis, Britain, Amerika, Argentina dan India,” kata seorang pemandu pelancong.

Tidak seperti Dubai, sebuah lagi negeri dalam UAE, Abu Dhabi berusaha menjadi pusat budaya dan melihat masjid itu sebagai satu lagi daya tarikan pelancong yang mencari sesuatu selain pantai dan pusat beli-belah.

Seperti yang diinginkan Sheikh Zayed, masjid itu dibina di atas bukit setinggi 9.5 meter supaya ia boleh dilihat dari jauh dan dengan kawasan seluas 22,000 kaki persegi, ia boleh memuatkan 40,000 jemaah, kata jurutera, Mohammad Ali al-Ameri.

Menurutnya, pembinaan hampir siap keseluruhannya dengan hanya pagar, taman dan tempat meletak kereta yang masih belum siap.

Dibina 100 peratus dengan mengguna batu marmar Itali, masjid itu mempunyai menara yang setiap satunya setinggi 107 meter, 82 kubah, 96 dewan di dalam dan 1,048 di luar.

“Beribu-ribu pekerja, hampir semuanya dari benua kecil Asia terbabit membina masjid berkenaan. Tukang ukirnya didatangkan khas dari Maghribi,” kata Mohammad.

Beribu-ribu batu berharga yang jarang diperoleh di tanam di celah marmar digunakan untuk menghiasi struktur masjid berkenaan.

Lebih menarik lagi, dewan utama masjid itu menggunakan permaidani buatan tangan dari Parsi, berukuran 6,000 meter persegi.

Ia adalah permaidani terbesar di dunia.

“Lebih 1,200 wanita dari wilayah Khorasan di timur Iran mengambil masa dua tahun untuk menghasilkan permaidani itu yang harganya menjangkau RM27.6 juta,” kata Mohammad.

Dewan utama boleh memuatkan 9,000 jemaah.

Dua bilik di sebelah dewan utama itu boleh memuatkan 1,500 orang setiap satu disediakan untuk wanita. Mereka boleh mendengar khutbah atau ceramah menerusi skrin televisyen besar.

Menurut Ameri, kubah utama masjid itu adalah yang terbesar di dunia. Ia berukuran 75 meter tinggi dan 32.2 meter garis pusat.

Satu lagi perkara yang menarik ialah candelier kristal besar di dewan utama masjid, antara tujuh lampu seumpama itu yang terdapat dalam bangunan itu.

Lampu itu yang dibuat di Jerman berukuran 10 meter tinggi dan 10 meter lebar dengan kosnya melebihi RM26 juta.

Mohammad engggan menyatakan harga keseluruhan masjid itu. Bagaimanapun, Khawla menggangarkanya berjumlah RM1.75 bilion.

Fakta Masjid Zayed

> Keluasan: 22,000 kaki persegi

> Tinggi menara: 107 meter

> 82 kubah

> 96 dewan (di dalam)

> 1,048 dewan (di luar)

> Permaidani: 6,000 meter persegi

> Lebih 1,200 wanita siapkan permaidani

> Harga permaidani: RM27.6 juta

> Mampu memuatkan 40,000 jemaah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: