..::Sahabat Nasihat::..

..::Mari Muhasabah Diri::..

PM: Pelantikan Ahmad tidak ikut perlembagaan

Posted by TanpaSuara on March 23, 2008


Pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu dilihat sebagai tidak mengikut Perlembagaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Semua Adun yang bilangannya agak besar itu tetap menyokong Datuk Seri Idris Jusoh. Itu satu perkara yang tidak ada perubahan dari segi sokongan.

“Dengan itu, maka sebarang lantikan yang dibuat terhadap orang lain itu, tidak kena dengan Perlembagaan,” kata Abdullah ketika diminta mengulas mengenai tindakan 22 Adun daripada Barisan Nasional (BN) Terengganu yang membantah pelantikan Ahmad, Ahad.

Sebelum itu, menurut Bernama, Abdullah menyaksikan edisi ke-10 perlumbaan Grand Prix Malaysia di Litar Sepang. Beliau turut menyampaikan piala kejuaraan kepada pelumba Scuderia Ferrari Marlboro, Kimi Raikkonen.

Ahmad, 51, menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang disampaikan oleh Yang Dipertuanya, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dalam satu upacara tertutup di Istana Tetamu di Kuala Terengganu, Ahad pagi.

Majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar itu bagaimanapun masih belum ditetapkan lagi.

sumber: malaysiakini.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: