..::Sahabat Nasihat::..

..::Mari Muhasabah Diri::..

Shabery jumpa penulis blog berhubung peranan ‘Bina Negara’

Posted by TanpaSuara on March 23, 2008



KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata pendapat penulis blog tidak boleh diketepikan dan beliau akan bertemu mereka secepat mungkin bagi mendapatkan maklumat balas berhubung pembinaan negara.

Beliau berkata, Kementerian Penerangan memandang berat peranan yang dimainkan media alternatif seperti laman blog dan internet kerana mereka mempunyai peranan tersendiri dalam membina negara.

“Contohnya, ada peranan yang mereka mainkan dalam pilihan raya lalu. Ada mesej yang ingin disampaikan kepada kerajaan yang banyak dimainkan oleh pengundi kelas pertengahan dalam mendapatkan maklumat.
“Mereka (penulis blog) melayari internet dan sudah tentu saya rasa peranan yang dimainkan mereka perlu diketahui,” katanya pada sidang akhbar selepas bertemu media di pejabatnya di sini, hari ini.

Ahmad Shabery, yang dilantik ke jawatan itu Selasa lalu, berharap pertemuannya dengan penulis blog tidak akan disalah anggap oleh mana-mana pihak.

Ini kerana katanya, Kementerian Penerangan berhasrat untuk menjadi jambatan kepada sesiapa sahaja termasuk golongan itu untuk disampaikan kepada pihak lain. – Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: