..::Sahabat Nasihat::..

..::Mari Muhasabah Diri::..

  • ::Mutiara Kata::

    ~~Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat.~~
  • Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera
  • Kategori

  • Tag

  • ::Takwim::

  • Calendar

    March 2008
    S M T W T F S
        Apr »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

  • ::Recent Posts::

  • ::Recent Comments::

    nour on Ujian Melanda
    joyah on Couple – Haram Tetap…
    Admin on Couple – Haram Tetap…
    fariza on Couple – Haram Tetap…
    poiuytrewq on Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadh…
  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 5 other followers

  • ::Contact Me::

Ulang kaji pelajaran hingga puas

Posted by TanpaSuara on March 23, 2008


Oleh Riadz Radzi dan Omar Osman

“AKAL yang cerdik itu terletak pada perut yang lapar.” Begitu pesan seorang ustazah yang menjadi ingatan buat pelajar yang mencipta rekod cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007, Azali Azlan, 18.

“AKAL yang cerdik itu terletak pada perut yang lapar.” Begitu pesan seorang ustazah yang menjadi ingatan buat pelajar yang mencipta rekod cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007, Azali Azlan, 18.

Malah, pelajar yang memperoleh 20 1A dan 1 2A itu mengakui berpuasa sepanjang musim peperiksaan adalah tradisi keluarganya.
Pencapaiannya memang menakjubkan dan sukar dibayangkan bagaimana pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah itu mengulang kaji setiap mata pelajaran yang diambil dan tekanan yang dihadapinya.

Azali ketika ditemui mengakui tidak mempunyai apa-apa kaedah dalam mengulang kaji pelajaran dan dia juga tidak pernah membuat jadual mengulang kaji.

“Saya tak mahu terikat dengan masa. Jika saya rasa malas, saya tak akan mengulang kaji. Bagaimanapun, jika sudah memulakannya, saya tidak akan berhenti selagi tidak puas hati,” katanya ketika ditemui di sekolahnya, baru-baru ini.

Anak pasangan guru, Azlan Othman, 51, dan Rozita Sanapi, 46, dari Sungai Petani, Kedah itu memperoleh 20 1A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan, Sejarah, Geografi, Perdagangan, Ekonomi Asas, Matematik Moden, Prinsip Akaun, Sains Asas, Pendidikan Seni, Pendidikan Islam, Tasawwur Islam dan Kesusasteraan Melayu.

Dia yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Kebangsaan 2007 itu mendapat 2A dalam Bahasa Inggeris untuk Sains dan Teknologi.

Keputusan itu sekali gus mengatasi rekod 17A yang dipegang Nur Amalina Che Bakri dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram, Johor Bahru sejak 2004.

Ditanya mengenai cara pemakanan, Azali berkata, dia yang tinggal di asrama disarankan pengetuanya, Ramli Shafei supaya mengamalkan pengambilan makanan tambahan mengikut cara Islam iaitu kurma, susu dan madu ketika musim peperiksaan.

“Saya memakannya pada awal pagi iaitu sebelum solat Subuh. Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah ia berjaya memberi kesan,” katanya.

Azali turut mengakui menghadapi tekanan sepanjang musim peperiksaan terutama berkaitan jarak masa yang terlalu dekat.

Akibat mengambil 21 mata pelajaran, Azali perlu menduduki peperiksaan setiap hari selama tiga minggu (kecuali Sabtu dan Ahad) dan setiap hari sekurang-kurangnya dua mata pelajaran perlu diambil.

Malah, dalam tiga mata pelajaran iaitu Kesusasteraan Melayu, Geografi dan Pendidikan Islam, Azali adalah pelajar tunggal yang mengambil mata pelajaran itu di sekolahnya.

“Selain berdoa kepada Allah dan meminta bantuan ibu bapa, saya meminta sokongan daripada guru. Ketika berseorangan menduduki peperiksaan itu, saya ditemani tiga guru yang memberi sokongan,” katanya.

Sementara itu, bapanya, Azlan Othman, berkata apa yang dicapai anaknya itu hasil usahanya sendiri. Malah, Azali juga begitu rajin serta gigih dan mudah memahami apa yang diajar gurunya sejak sekolah rendah hingga sekolah menengah.

“Setiap kali peperiksaan, Azali tidak pernah menghampakan. Keputusannya cukup baik dan tidak pernah merosot,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Tikam Batu, Sungai Petani, baru-baru ini.

Dia dan isteri, Rozita Sanapi tidak pernah mempertikaikan keputusan Azali untuk mengambil 21 mata pelajaran, sebaliknya memberi kebebasan kepada Azali untuk menentukan masa depannya.

Walaupun agak terkejut dengan keputusan Azali mahu mengambil 21 mata pelajaran ketika mendaftar untuk SPM, Azali meyakinkannya dia mempunyai kemampuan.

“Saya berbincang dengan pengetua serta guru dan mereka yakin dengan keupayaan Azali. Bagaimanapun, saya meminta mereka merahsiakan perkara itu daripada pihak lain supaya Azali tidak rasa tertekan,” katanya.

Baginya, Azali lain daripada yang lain dan lebih suka kepada perkara yang tidak dilakukan orang lain. Jika minat terhadap sesuatu, Azali akan berusaha sehingga dapat.

Rozita pula pada mulanya bimbang dengan keputusan Azali untuk mengambil 21 mata pelajaran. Dia bimbang jika keputusannya itu boleh mendatangkan tekanan dan bebanan.

“Apabila melihat dia yakin dan turut mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun pada 2006, saya dan suami terus memberi galakan kepadanya di samping kerjasama serta bantuan yang diberi pengetua dan guru sekolahnya,” katanya.

Azali yang juga anak ketiga daripada lima adik-beradik itu bercadang melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang bioteknologi.

Sementara itu, adiknya Azim, 14, berkata dia begitu berbangga dengan kejayaan abangnya dan berazam mahu mencontohi serta menuruti jejaknya itu dengan mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.

“Apa yang saya harap ialah dapat mencapai kejayaan yang memberi kepuasan kepada diri sendiri. Tetapi, jumlah mata pelajaran yang diambil mungkin tidak sebanyak abang saya,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: