..::Sahabat Nasihat::..

..::Mari Muhasabah Diri::..

  • ::Mutiara Kata::

    ~~Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat.~~
  • Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera
  • Kategori

  • Tag

  • ::Takwim::

  • Calendar

    April 2008
    S M T W T F S
    « Mar   May »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Archives

  • ::Recent Posts::

  • ::Recent Comments::

    nour on Ujian Melanda
    joyah on Couple – Haram Tetap…
    Admin on Couple – Haram Tetap…
    fariza on Couple – Haram Tetap…
    poiuytrewq on Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadh…
  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 5 other followers

  • ::Contact Me::

La Tahzan:Satu Renungan Bersama

Posted by TanpaSuara on April 30, 2008


La Tahzan,satu ungkapan yang cukup popular terutama dalam kalangan pembaca serta penggiat dakwah Islam.Ungkapan ini menjadi lebih popular apabila seorang penulis, Dr. ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni,menerbitkan sebuah buku bertajuk La Tahzan.

Apa itu La Tahzan?La Tahzan merupakan ungkapan bahasa arab yang bermaksud jangan bersedih. Buku ini sememangnya cukup bermakna dan tidak rugi jika membacanya jika dibandingkan dengan majalah lain.Apa yang saya nak bicarakan bukanlah mempromosi buku ini tetapi lebih menjurus kepada tindakan kita apabila bersedih.

Sebagai hamba Allah yang hina,sememangnya ujian pasti akan menimpa diri seseorang termasuk saya.Ujian sememangnya pedih jika kita lihat dari luaran.Namun,manusia sememangnya memerlukan kesedihan untuk muhasabah diri kita.Apabila kita diuji,kita baru akan sedar dimana kelemahan kita.

Mungkin adakala kita terpaksa menangis untuk hadapi setiap ujian.Namun dari segi pandangan saya,menangis apabila diuji sememangnya bagus kerana waktu itulah kita merasakan diri kita ini adalah hamba yang lemah lantas memohon kekuatan kepadaNya. Hubungan dengan Allah (Hablu Minallah) juga akan kembali erat.

Setiap perkara dan ujian yang diturunkan sebenarnya adalah ketentuan Allah.Allah sentiasa akan menguji iman seseorang itu bagi menilai tahap keimanan.Dan sebagai hamba,kita sememangnya perlu menyedari hakikat kehambaan kita.Berfikiran positiflah apabila kita terpaksa menghadapi sesuatu ujian.Mungkin kita tidak tahu apa hikmah disebalik ujian. Allah berfirman:

..boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu (Surah al-Baqarah ayat 216)

Setiap ujian sebenarnya berpunca dari kita sendiri.Mungkin kita tidak sedar akan dosa yang kita lakukan.Allah berfirman dalam Surah Ar-Rum: Ayat 41 yang bermaksud:

Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, sehingga Allah merasakan kepada sebahagian dari perbuatan mereka agar mereka kembali.

Dengan adanya ujian,Allah secara jelas mahu kita kembali insaf dan mengenal siapa kita.Marilah kita sama-sama fikirkan mengapa Allah menguji kita.Allah menguji kita kerana dua sebab:

Sama ada mahu kita insaf dan kembali padaNya
Ataupun mahu melihat kekuatan iman dan ketaqwaan hambaNya

Cara Mengatasi Kesedihan

Hakikatnya kesedihan sememangnya membawa kebaikan kepada kita.Namun jika kesedihan tidak dikawal,ia boleh bertukar menjadi ancaman kepada kita. Justeru dalam menghadapi kesedihan,kita seharusnya merenung balik apakah kita benar-benar taat pada Allah. Kita analisa kembali setiap amalan kita sama ada ia ikhlas ataupun hanya sekadar cukup-cukup makan.

Selain itu,jangan biarkah kesedihan mengawal jiwa anda.Apabila anda sedih,akan ada pihak ketiga yang akan mengambil kesempatan terhadap anda yakni syaitan. Syaitan akan sentiasa mengajak kita untuk bersedih sehingga kita putus asa dan kembali melakukan perkara mungkar atas alasan seperti Allah sengaja menghukum aku walhal kita telah tersalah faham.Maka apabila jadi perkara sebegini yakni menyalahkan Allah,maka benarlah firmanNya:

Jika mereka berangkat bersama-sama kamu,nescaya mereka tidak menambah kamu selain dari kerosakan belaka (Surah At-Taubah ayat 47).

Mohonlah doa kepada Allah apabila kita menghadapi musibah dan ujian. Bukankah Allah amat menggalakkan kita berdoa seperti yang terkandung dalam surah al-Mukminun ayat 60:

“berdoalah kamu kepadaKu,nescaya akan Aku perkenankan bagimu”.

Disini saya kemukakan satu doa yang diamalkan ketika menghadapi ujian serta kekusutan.Hayati dan amalkan doa ini:

Oleh itu marilah kita bersangka baik terhadap setiap perkara yang terjadi.Jika kita perlu ber’uzlah yakni menyendiri untuk mencari ketenangan,silalah tetapi jika kita merasakan dengan cara menyendiri tidak mampu memunasabah diri kita,carilah teman-teman atau alim ulama yang mempunyai ilmu.Sama-sama kita kembali dengan cara hidup Islam.Akhir kalam,renungkan ayat ini:

Katakanlah:”Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

(Surah Az-Zumar ayat 53)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: