..::Sahabat Nasihat::..

..::Mari Muhasabah Diri::..

  • ::Mutiara Kata::

    ~~Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat.~~
  • Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera
  • Kategori

  • Tag

  • ::Takwim::

  • Calendar

    May 2008
    S M T W T F S
    « Apr   Jun »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • Archives

  • ::Recent Posts::

  • ::Recent Comments::

    nour on Ujian Melanda
    joyah on Couple – Haram Tetap…
    Admin on Couple – Haram Tetap…
    fariza on Couple – Haram Tetap…
    poiuytrewq on Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadh…
  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 5 other followers

  • ::Contact Me::

Pengguna berilmu elak bahaya

Posted by TanpaSuara on May 19, 2008


Penemuan pelbagai produk mengandungi bahan kimia berlebihan serta tidak mengikut piawaian ditetapkan tiada kesudahan

BERITA mengenai beberapa kedai ubat menjual ubat-ubatan yang diharamkan kerajaan diserbu Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan barangkali tidak memberi sebarang kesan terhadap segelintir pengguna.

Bahkan kekerapan serbuan dan berita yang sering tersiar mengenainya barangkali sudah lali di kalangan pengguna.

Penemuan pil hormon, pil perangsang daya seks dan kosmetik pencerah kulit yang mengandungi bahan kimia berlebihan serta tidak mengikut piawaian ditetapkan menjadi polemik yang tiada noktahnya.

Berita kematian suri rumah dari Alor Star yang meninggal dunia dipercayai akibat mengambil pil pelangsing dan teh herba juga tidak diambil iktibar.

Suatu ketika dulu, seorang artis di Singapura hampir maut apabila sebahagian hatinya rosak kerana memakan ubat kurus sehingga teman lelakinya mendermakan sebahagian hatinya sebagai lambang kasih mereka.

Isu berkaitan ubat-ubatan luar yang membanjiri negara ini serta produk kecantikan yang mengandungi hidroquinon berlebihan perlu diberi perhatian.

Natijahnya, fenomena ini mungkin belum menjadi masalah besar sehingga menjejaskan industri terutama pemilik kedai ubat mahupun pemilik syarikat kosmetik.

Pensyarah Fakulti Farmasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tommy Julianto, berkata kebanyakan pengguna yang mengambil produk kecantikan didorong keinginan untuk kelihatan cantik, langsing dan bergaya tanpa mempedulikan kandungan bahan serta aspek berkaitan.

“Kecantikan ini sama dengan dekorasi sesebuah istana atau rumah. Kerana ingin cantik, seseorang itu akan mencari ciri terpenting untuk memperelokkan wajah masing-masing dengan mengambil kira banyak perkara.

“Produk makanan tambahan hanya berfungsi membantu seseorang untuk membuang lemak atau toksik dalam badan.

“Individu tidak sepatutnya bergantung harapan sepenuhnya kepada produk berkenaan dengan mengabaikan aktiviti seperti berjoging atau bersukan yang lain secara berterusan jika mahu tampil langsing,” katanya.

Tommy bimbang terhadap sikap masyarakat yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat sebaliknya terlalu bergantung kepada ubat-ubatan.

“Sebenarnya badan yang bersesuaian adalah mengikut ukuran umur, ketinggian dan berat badan seseorang. Jika membuta tuli memakan sesuatu produk tanpa mengikut nasihat pakar pemakanan, ia bakal memudaratkan.

“Selain itu, ada ubat mahupun pil pelangsing serta produk kesihatan tidak sesuai dengan fizikal seseorang. Ia mungkin sesuai untuk orang lain tetapi belum tentu tepat bagi pengguna lain,” katanya.

Menurutnya, jenama atau syarikat terkemuka berdaftar harus menjadi pilihan orang ramai kerana ketelusan yang ada pada keluarannya selain diiktiraf Kementerian Kesihatan.

Katanya, ada yang mengambil produk tanpa mematuhi peraturan yang betul sehingga menyebabkan kemudaratan. Justeru, penting bagi seseorang untuk mengambil makanan tambahan atau memilih produk kecantikan bukan disebabkan pengaruh iklan.

Apa yang penting, menurutnya, adalah mengetahui kandungan produk yang bersesuaian.

“Sesetengah kandungan mungkin sesuai dan selebihnya tidak sesuai dengan seseorang sehingga jika pengambilannya salah, ia boleh mengundang padah.

“Ada pengguna yang alah dengan kandungan bahan digunakan dan menyebabkan ia tak sesuai digunakan.

“Jangan mudah terpedaya dengan iklan menggunakan model cantik yang lazimnya membuatkan pengguna cepat tergoda. Pengetahuan mengenai produk harus diambil kira.

“Cara memakai produk kecantikan juga jangan diabaikan sebab ada kalanya tangan yang tidak dibersihkan dengan betul boleh mengundang padah,” katanya.

Pembantu penyelidik, Liza Salleh, 25, ketika ditanya pandangannya mengenai isu produk pelangsing dan produk kecantikan, berkata seseorang itu perlu berpengetahuan dalam satu-satu produk sebelum penggunaannya.

“Tanpa pengetahuan yang cukup, kita bimbang padah yang bakal menanti

“Sebagai graduan dalam bidang Kimia Gunaan, saya lebih prihatin terhadap bahan yang digunakan oleh sesuatu produk,” katanya.

Bakal penerima Ijazah Sarjana Muda Farmasi akhir tahun ini, Murniati Mazri, 23, turut menyarankan supaya pengguna peka dengan tarikh luput yang tertera pada bekas produk.

Menurutnya, jika kenyataan tertulis menyatakan ia tidak boleh digunakan pada tarikh tertentu, pengguna harus patuh mengenainya.

“Sebagai penuntut dalam bidang ini, pendedahan mengenai ubat-ubatan amat penting.

“Pengguna boleh mencari maklumat mengenainya dalam Internet atau kandungan yang tertera pada botol. Sebagai pengguna, cari ilmu mengenainya, barulah kita menjadi pengguna yang bijak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: