..::Sahabat Nasihat::..

..::Mari Muhasabah Diri::..

  • ::Mutiara Kata::

    ~~Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat.~~
  • Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera
  • Kategori

  • Tag

  • ::Takwim::

  • Calendar

    May 2008
    S M T W T F S
    « Apr   Jun »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • Archives

  • ::Recent Posts::

  • ::Recent Comments::

    nour on Ujian Melanda
    joyah on Couple – Haram Tetap…
    Admin on Couple – Haram Tetap…
    fariza on Couple – Haram Tetap…
    poiuytrewq on Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadh…
  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 5 other followers

  • ::Contact Me::

Perlu tahu urus masa

Posted by TanpaSuara on May 19, 2008


MASA boleh dikatakan sebagai senjata tajam, amat bermanfaat dan menguntungkan manusia, sekiranya digunakan dengan baik dan betul. Sebaliknya, jika tidak betul atau tidak cermat cara penggunaannya, ketajamannya akan memakan diri.

Bagi sesetengah orang, ia diibaratkan dengan pedang, jika tidak digunakan untuk mencantas, ia akan memotong diri.
Remaja yang tidak tahu memanfaatkan masa akan mewarisi seribu ketinggalan sama ada dalam pelajaran, pemikiran, pergaulan, teknologi, politik dan agama.

Bukan sekadar tertinggal di belakang saja, malah dia berdepan segala keburukan akibat ketajaman masa yang silap penggunaan, akhirnya memotong dan mencantas peribadi manjadi tidak bermoral dengan lepak, menjadi penyamun dengan memeras, membunuh dan segala kerosakan lain.

Islam amat mengambil berat mengenai masa sehingga Allah bersumpah dengan masa, bukan sekali dua, malah berpuluh kali sehingga ada satu surah dalam al-Quran yang dipanggil dengan surah al-Asr (Masa).

Bukan itu saja, malah Allah menghantar dua malaikat kepada manusia untuk mencatat segala yang dilakukan individu pada setiap saat, minit, jam, hari, bulan dan tahun hingga ke akhir hayat manusia.

Rasulullah memberikan peringatan kepada kita, bagaimana memanfaatkan masa dalam lima keadaan iaitu, masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk dan masa hidup sebelum mati.

Masa muda jangan dipersia-siakan kerana ia masa yang penuh dengan kecergasan fizikal dan mental.

Kecergasan ini sepatutnya digunakan untuk menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebab apa yang akan terjadi pada hari tua ditentukan mengikut apa yang kita lakukan ketika muda.

Masa muda tidak bertahan lama dan apabila tiba masa tua keremajaan hanyalah kenangan. Masa tua adalah segalanya, kadangkala tidak indah, tenaga sudah lemah, selera sudah menurun dan dilanda sakit-sakit.

Remaja yang cemerlang akan menjadi warga emas gemilang, manakala remaja yang kecundang menguruskan masa muda akan menjadi warga tua malang. Tidak selesai di dunia saja, malah di akhirat akan dipersoalkan umur remaja, bagaimana dilaluinya?

Kesihatan adalah nikmat sangat berharga. Badan kita adalah milik Allah. Wajib kita menjaga amanah ini. Sebarang kegiatan yang menjejaskan kesihatan disifatkan al-Quran sebagai mencampakkan diri ke dalam ‘kebinasaan.’

Ramai yang tidak menghargai nikmat ini dan buktinya ramai kita lihat terbabit dalam penyalahgunaan dadah, ketagihan rokok dan alkohol serta lumba haram, yang akhirnya membawa kecacatan dan kesengsaraan.

Ingatlah hidup tidak selesai di sini saja. Malah, di akhirat nanti akan ditanya kesihatan kita bagaimana ia digunakan untuk kebaikan atau sebaliknya? Badan sihat bukan digunakan untuk menyamun, merompak, memeras dan meragut.

Badan saja besar, main bola boleh sampai berjam-jam, tetapi solat beberapa detik tidak larat. Berjaga malam dan berkaraoke sampai pagi mudah saja, tetapi untuk solat Subuh hanya dua rakaat terus lentok. Ingatlah akhirat nanti akan ditanya.

Kekayaan tidak kekal, malah ia boleh bertambah dan hilang musnah sekelip mata. Justeru kekayaan adalah amanah, mendapat dan menggunakannya mengikut peraturan Allah.

Harta boleh dicari sebanyak mungkin, tetapi bukan untuk menjadi seperti Qarun yang mabuk dengan kekayaan dilaknat dan diazab atau pun tidak menjadi Tha’labah yang kaya tetapi subur dengan kebakhilan.

Barang diingat kekayaan adalah alat dan kemudahan untuk mencapai kebaikan atau keburukan. Dengan harta kita menjadi dermawan, dengan harta juga memudahkan kita menjadi tamak wang, dengan harta boleh ke syurga. Ke neraka pun terkadang bermodalkan harta.

Peluang terakhir yang amat penting dan tidak mungkin dicuaikan ialah masa hidup sebelum mati.

Kata Saidina Ali: “Sesiapa yang ingin hidup selepas mati, bersedia dengan amalan dan sesiapa yang tidak beramal tiada lagi kehidupan (kenikmatan) selepas mati.”

Demikianlah lima kesempatan masa yang mesti dijawab oleh manusia. Menjawab bukan dengan lidah, tetapi dengan perbuatan dan amalan.

One Response to “Perlu tahu urus masa”

  1. Ku mulakan dengan bismillah..

    Dengan perasaan rendah diri ana sebagai salah satu dalam senarai mahkluk terhina di bumi ini ingin menyuarakan perkara yang dianggap sependapat dengan altikal anta ini,,

    Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan taatkan Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya”.

    Dengan harapan potongan hadith ini sedikit sebanyak membantu anta memantapkan lagi altikal ini.

    Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: