..::Sahabat Nasihat::..

..::Mari Muhasabah Diri::..

  • ::Mutiara Kata::

    ~~Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat.~~
  • Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera
  • Kategori

  • Tag

  • ::Takwim::

  • Calendar

    August 2008
    S M T W T F S
    « Jun   Sep »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Archives

  • ::Recent Posts::

  • ::Recent Comments::

    nour on Ujian Melanda
    joyah on Couple – Haram Tetap…
    Admin on Couple – Haram Tetap…
    fariza on Couple – Haram Tetap…
    poiuytrewq on Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadh…
  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 5 other followers

  • ::Contact Me::

Allah Tidak Membiarkan Umat Tidur Lena

Posted by TanpaSuara on August 11, 2008


Soalan

Bagaimana proses terjadinya kebangkitan Islam? Siapa pelaku-pelakunya? Dan dari mana kita peroleh kekuatannya hingga kita mampu memiliki kemampuan yang handal dan mampu bertahan terus?

Jawapan

Sesungguhnya Isalam tidak akan membiarkan pemeluknya tertidur seperti tertidurnya Ahlu Kahfi. Sebab, Islam adalah agama yang dinamik, hidup dan bebas. Berdasarkan konsep ini,maka akan terus bermunculan manusia-manusia yang mengadakan pembaharuan terhadap umatnya, dan Allah sentiasa mengutus para mujadid dari waktu ke waktu untuk memperbaharui agama-Nya. Hal ini merupakan kelaziman dan kerana itu sesiapapun meneliti Islam pasti akan mendapatkan bahawa Islam tidak ketandusan. Allah sentiasa mengutuskan individu, kelompok, institusi, panglima, pemimpin yg soleh atau khalifah yg bijak yg akan membangunkan umah dari tidurnya dan menghidupkan gerakan Islam.

Kebangkitan merupakan naluri umah Islam. Jika dakwah mulai melemah atau pudar, maka akan segera datang orang-orang yang mengerakkan dan membangunkannya. Allah mengutuskan manusia-manusia dari para mujadid serta para pembawa risalah di berbagai negeri muslim.

Kebangkitan ini merupakan kebangkitan akal, sekaligus kebangkitan emosi, perasaan dan sikap perbuatan.

Kebangkitan menjadikan umat Islam kembali kukuh dalam aqidah, konsep dan nilai-nilai yang terpuji. Kebangkitan juga mengarahkan umat Islam untuk mengenal dan menerima nilai-nilai berharga yang dibawa oleh Islam yg hanif. Hal ini diperoleh melalui buku-buku tentang keIslaman.

Kita juga menyaksikan, d berbagai tempat dan kesempatan banyak diselenggarakan seminar-seminar, diskusi-diskusi serta kuliah-kuliah keagamaan. Hal itu menunjukkan adanya kebangkitan dalam segi pemikiran, emosi dan hati. Kegiatan-kegiatan tersebut juga mengandungi nilai-nilai emosional Islami yang amat kuat yang berakar pada pemikiran intelek. Kegiatan-kegiatan juga menunjukan bahawa di sana ada kebangkitan lain iaitu komitmen untuk beramal demi Islam dengan cara-cara Islam, serta mencintai dan membenci sesuatu kerana Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: