..::Sahabat Nasihat::..

..::Mari Muhasabah Diri::..

  • ::Mutiara Kata::

    ~~Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat.~~
  • Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera
  • Kategori

  • Tag

  • ::Takwim::

  • Calendar

    June 2017
    S M T W T F S
    « May    
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    252627282930  
  • Archives

  • ::Recent Posts::

  • ::Recent Comments::

    nour on Ujian Melanda
    joyah on Couple – Haram Tetap…
    Admin on Couple – Haram Tetap…
    fariza on Couple – Haram Tetap…
    poiuytrewq on Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadh…
  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 5 other followers

  • ::Contact Me::

Sedikit Panduan Umum.

Posted by TanpaSuara on May 30, 2010

TATACARA MAKAN & MINUM

1. Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa.InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.

2. Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak sepanjang tidur, otak akan generatekan all of
our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it(ada semangat) di keesokan harinya.

3. Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar
pemakanan, vitamin C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi    adalah approaching 0%.

4. Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast,lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit
selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10 sec then       baru telan. Teguk kedua seterusnya boleh minum terus sebab air liur ada enzyme yg boleh membunuh        kuman dalam pankreas, perut & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.

5. Seelok2nya makan malam sebelum maghrib ikutsunnah (Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan      Ramadhan saja ie masa maghrib), sebab bagi yg tengah study (or anak2), otak akan berfungsi
excellently (senang absorb around 2 hrs selepas makan, so if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru
start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tak byk yg
boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30(org Cina take dinner around this hour). Juga,        kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

TATACARA DI BILIK AIR

1. Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit)boleh elak daripada dapat batu karang

2. Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder & senang buang air besar

TATACARA DIDIK ANAK

Read the rest of this entry »

Posted in Nasihat | Leave a Comment »

Gadis Pilihan Hati Atau Nafsu?

Posted by TanpaSuara on May 30, 2010

Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah. ( Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)

Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?

Gadis ltu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan ‘gadis’ juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar ’sudah tiada gadis’ atau ’sudah tiada dara’. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.

Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita ltu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita ltu mula dipanggil ‘bergetah’ jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan Tergoda. Ada gadis yang ‘boleh tahan’ dan ada gadis yang ‘tak boleh tahan’. Gadis yang ‘boleh tahan’ biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang ‘tak boleh tahan’ pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai Lelaki yang tergoda kepada gadis ‘tak boleh tahan’ ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.

Read the rest of this entry »

Posted in Tazkirah | Tagged: | Leave a Comment »

9 Siti yang patut dicontohi.

Posted by TanpaSuara on May 30, 2010

Antara 9 Siti yang patut dicontohi:

1) Siti Khadijah – Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2
Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir
dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah – Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd
suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1
bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b’kata aku
takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A’ishah – Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas
makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan
bekas yg sama.

4) Siti Hajar – Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup
ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam – Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai
maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan
Nabi Isa.

Read the rest of this entry »

Posted in Tazkirah | Tagged: | Leave a Comment »