..::Sahabat Nasihat::..

..::Mari Muhasabah Diri::..

Posts Tagged ‘Politik’

Pak Lah Jangan Letak Jawatan

Posted by TanpaSuara on March 23, 2008

“Saya akui bahawa keputusan yang telah kami peroleh itu jauh berbeza, merosot daripada keputusan tahun 2004. Ini tentu sekali ada sebab-sebabnya dan yang utama sekali ialah rakyat hendak menyatakan kami tidak puas hati dalam empat tahun pemerintahan saya menjadi pemimpin kerajaan, dengan itu mereka mengkehendaki perubahan.” – Pak LahPaling kecil ada dua sebab mengapa Pak Lah jangan letak jawatan, atau kalaupun beliau berhasrat meletak jawatan ia tidak boleh dilakukan sekarang:1. Dalam ‘lingkungan’, yang akan naik kelak menggantikannya belum tentu lebih baik! Ramai yang bergembira dengan pemergian Mahathir, tetapi mereka yang bergembira itulah yang kini membuat ‘bising’. Jadi, tuan-tuan ‘jangan salah bersorak’.2. Pak Lah masih berpeluang membetulkan sistem yang dibenci rakyat. Pak Lah tidak boleh letak jawatan kerana Pak Lah mesti melakukan perubahan atau reformasi terlebih dahulu. Rasa tidak puas hati terhadap tiadanya kebebasan media, kebebasan hak asasi seperti berkumpul dengan aman serta penyelewengan sistem pilihanraya yang amat hodoh mesti dipulihkan supaya Pak Lah akan kembali menyinar dan dinobatkan sebagai negarawan di hujung pemerintahannya nanti. Soal pengagihan kekayaan negara, kedudukan bahasa Melayu, dan perlaksanaan inti pati Islam yang sebenar mesti menjadi keutamaan. Pak Lah sendiri mengatakan apa yang berlaku sepatutnya menjadi isyarat untuk beliau dan “pasukannya” bekerja lebih kuat. Kuat untuk apa? Harusnya kuat untuk mengembalikan demokrasi yang semakin merosot teruk. Hanya ini sahaja caranya untuk Pak Lah memulihkan keadaan. Hanya ini sahaja caranya Pak Lah menjawab kritikan orang.

Source : Faisal Tehrani

Advertisements

Posted in Politik Dunia/Negara | Tagged: | Leave a Comment »