..::Sahabat Nasihat::..

..::Mari Muhasabah Diri::..

  • ::Mutiara Kata::

    ~~Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat.~~
  • Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera
  • Kategori

  • Tag

    Isu Semasa Keratan Akbar Politik Semasa Tazkirah
  • ::Takwim::

  • Calendar

    May 2024
    S M T W T F S
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • Archives

  • ::Recent Posts::

  • ::Recent Comments::

    nour on Ujian Melanda
    joyah on Couple – Haram Tetap…
    Admin on Couple – Haram Tetap…
    fariza on Couple – Haram Tetap…
    poiuytrewq on Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadh…
  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 5 other subscribers
  • ::Contact Me::

Posts Tagged ‘Semasa’

Koloni Afrika

Posted by TanpaSuara on March 23, 2008

Oleh Erywan Norshal


PETALING JAYA: Peningkatan bilangan warga Afrika di Damansara Damai, dekat sini, membuatkan penduduk tempatan rimas, sekali gus menimbulkan kebimbangan kemungkinan ada antara mereka terbabit dengan kegiatan jenayah.

Penduduk mula meragui kehadiran mereka apabila akhbar melaporkan golongan itu banyak terbabit dengan kegiatan jenayah termasuk penyeludupan dadah dan sindiket ‘black money’.

Kehadiran warga Afrika itu menjadi tanda tanya sama ada mereka masuk ke Malaysia untuk belajar atau bekerja.

Tinjauan Harian Metro di kawasan itu semalam mendapati golongan terbabit ‘bersepah’ di setiap ceruk kawasan itu menyebabkan warga tempatan mendakwa menjadi penduduk minoriti serta terpaksa berdiam diri bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Penduduk turut mendakwa segelintir warga Afrika mengambil kesempatan memikat wanita tempatan untuk dijadikan kekasih sebelum mengikis duit mereka.

Kerani syarikat swasta, Normala Shapiee, 26, mendakwa rakannya hampir menjadi mangsa seorang lelaki warga Afrika pada tahun lepas.

“Walaupun rakan saya sudah berkahwin, lelaki itu tetap berdegil untuk memikatnya dengan menelefon dan menghantar SMS.

“Malah, lelaki itu menghantar SMS kurang sopan apabila pelawaannya ditolak.

“Selepas beberapa bulan, kawan saya terpaksa berhenti kerja dan pulang ke kampung di Pantai Timur kerana bimbang keselamatannya apabila kerap diganggu lelaki terbabit,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Normala yang menetap di kawasan itu sejak 2005 berkata, bilangan mereka makin bertambah sejak awal tahun ini apabila hampir 100 warga Afrika menyewa di kawasan itu.

Mereka menganggap kawasan ini ‘selesa’ kerana penduduk tempatan berdiam diri, walaupun kami tidak suka kehadiran mereka,” katanya.

Peniaga, Zainal Mohamad, 50, mendakwa golongan terbabit menggunakan ‘tiket’ pas pelajar untuk bekerja di negara ini.

“Saya difahamkan mereka adalah pelajar kolej swasta. Tetapi sekiranya mereka pelajar, takkan tiap-tiap hari melepak di kawasan ini dari pagi hingga ke petang.

“Pada waktu malam pula, mereka berpakaian seperti gaya korporat dan berkepit dengan teman wanita masing-masing,” katanya.

Posted in Isu Semasa | Tagged: | Leave a Comment »

NGO Islam: Hukum majikan halang Muslim

Posted by TanpaSuara on March 23, 2008

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/78336

Pakatan pertubuhan Islam hari ini menyarankan majikan yang menghalang orang Islam menunaikan tanggungjawab agama seperti memakai tudung dan bersolat dikenakan tindakan, termasuk membatalkan lesen perniagaan.

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) dan Jawatankuasa Penyelaras Gabungan NGO Islam (ACCIN) turut mendesak kedudukan mahkamah syariah dinaiktaraf sama dengan mahkamah sivil dari segi perjawatan, penggajian dan kedudukan.

Dalam dokumen tuntutan kepada parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya umum ke-12, dua gabungan besar ini turut mendesak kerajaan agar tidak melayan cadangan menubuhkan Jabatan Hal-ehwal Bukan Islam seperti pernah disarankan oleh sekumpulan badan bukan Islam tahun lalu.

Menurut dokumen tuntutan itu, syarikat yang didapati menyalahgunakan logo halal didesak dikenakan tindakan keras, termasuk disenaraihitamkan dan pemiliknya dihukum penjara.

Dokumen tersebut, yang kini boleh dilihat di laman web Pembela (www.myislamnetwork.net), dibacakan oleh presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Yusri Mohamad dalam satu sidang media petang tadi.

Tuntutan-tuntutan lain yang meliputi bidang-bidang perundangan, pendidikan, politik, hubungan kaum dan moral, antaranya:

– Mengenakan tindakan kepada pihak yang mempersendakan Islam secara lisan, cetak atau melalui media elektronik dan media siber mengikut peruntukan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

– Memperluaskan bidang kuasa jenayah dan mal mahkamah syariah melalui pindaan Akta Bidang Kuasa Jenayah (Mahkamah Syariah) 1984 dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri-negeri.

– Mewujudkan Akta Profesion Guaman Syarie bagi memperkemaskan penyeliaan peguam-Peguam syarie.

– Memberi kemudahan biasiswa kepada pelajar-pelajar Islam bukan berketurunan Melayu. Mengawal jumlah penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bukan Islam agar tidak menjejaskan peluang pelajar Islam/Melayu.

– Menambah waktu pengajaran Islam di sekolah-sekolah rendah dan menengah kebangsaan.

– Menubuhkan satu jawatankuasa bersama yang dianggotai wakil-wakil pertubuhan Islam dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menapis permohonan membina rumah ibadat bukan Islam di kawasan majoriti Islam.

– Menolak faham pluralisme agama yang mendakwa bahawa semua agama adalah sama dari segi kebenarannya sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat berbilang agama.

Posted in Isu Semasa | Tagged: | Leave a Comment »

NUTP tidak puas hati tindakan kementerian

Posted by TanpaSuara on March 23, 2008

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa beberapa tindakan Kementerian Pelajaran sejak awal tahun ini, termasuk penstrukturan semula sekolah, menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan guru.Presiden NUTP, Anuar Ibrahim, berkata kebanyakan tindakan yang diambil kementerian dibuat tanpa perbincangan dengan pihak kesatuan, dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati para guru, termasuk penstrukturan semula sekolah oleh kementerian bermula Januari lalu, yang melibatkan kenaikan pangkat secara terus terhadap tenaga pengajar tingkatan enam menyebabkan guru lain kurang berpuas hati. – Bernama

Posted in Isu Semasa | Tagged: | Leave a Comment »